PETALING JAYA: ‘Gangguan’ kanak-kanak dipercayai pelarian Rohingya semakin didedahkan netizen khususnya melalui TikTok.
Dalam satu rakaman, seorang wanita diganggu kanak-kanak terbabit yang sebelumnya ditegur ‘jangan kacau’ ketika dia melalui laluan di sebuah lokasi.
Ketika dihampiri kanak-kanak lelaki yang sebelum ini dipercayai tular kerana mengganggu pengguna jalan raya, wanita itu memberi amaran jangan mengganggunya.
Tetapi kanak-kanak tersebut bertindak seperti ‘abang long kawasan’ dengan menarik tangan wanita itu.
Dalam video tersebut, wanita itu menulis: “Dulu masa tersadai dekat laut bukan main meraih simpati, sekarang dah bagi masuk, menjadi-jadi”.
Melalui ruangan komen, ramai yang mahu pihak berkuasa bertindak terhadap segelintir kanak-kanak ini yang meminta sedekah di jalanan dan mengganggu orang ramai.
“Tak ada orang nak ambil tindakan ke? Rasanya dah ramai orang dia (kanak-kanak tersebut) kacau,” tulis seorang netizen.
“Makin menjadi-jadi ya budak viral ni,” jelas Aidil Malek.