BN Johor belum putuskan peratus calon muda atau muka baru - Utusan Malaysia

BN Johor belum putuskan peratus calon muda atau muka baru

HASNI Mohammad menyampaikan sumbangan kepada masyarakat Tionghua sempena Sambutan Tahun Baharu Cina di Dewan Muafakat Mukim Sungai Pinggan di Pontian, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Barisan Nasional (BN) Johor belum lagi menentukan sebarang kuota atau peratus bagi memilih calon-calon muda atau baharu walaupun ada pandangan supaya menggunakan kaedah di Melaka dan Sarawak.

Pengerusi BN Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, senarai calon-calon belum dikenal pasti dan belum pun dimuktamadkan kerana masih ada masa untuk mereka melakukan pemilihan tersebut.

Katanya, BN Johor tidak boleh menjadikan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Sarawak sebagai model bagi memilih calon memandangkan banyak perkara perlu dipertimbang sejajar dengan kepentingan negeri ini.

Menurut beliau, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga hanya akan mengadakan mesyuarat berkaitan PRN Johor pada 9 Februari ini yang menentukan tarikh-tarikh penting pelaksanaan PRN itu.

“Kita akan mengambil kira semua pandangan dan cadangan daripada pelbagai pihak terutama Bahagian-Bahagian UMNO yang akan mencalonkan nama-nama yang akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) nanti.

“Perbincangan seterusnya akan melibatkan kepimpinan tertinggi BN dan UMNO sebelum keputusan pemilihan calon-calon dimuktamadkan sepenuhnya,” katanya kepada pemberita selepas penyampaian sumbangan kepada masyarakat Tionghua di Dewan Muafakat Sungai Pinggan, di sini.

Yang turut hadir, Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Pengerusi MCA Bahagian Pontian, Datuk Tee Siew Kiong.

Hasni yang juga penyandang DUN Benut berkata, proses mengenal pasti calon adalah melihat kepada keperluan semasa kerana UMNO bukanlah parti yang statik tetapi sentiasa berkembang.

“Parti mendengar dan akan mengambil langkah-langkah supaya kita membangun dengan masyarakat dalam usaha membentuk kerajaan negeri Johor yang memenuhi aspirasi dan dan harapan rakyat Johor,” jelasnya.

Ditanya mengenai keputusan bekas ADUN Puteri Wangsa, Mazlan Bujang keluar dari Parti Pribumi Rakyat Malaysia (Bersatu) dan menyokong BN, Hasni mengalu-alukan sokongan yang diberikan oleh Mazlan.

Katanya, pengalaman hampir 24 bulan bersama Kerajaan Johor telah memberikan ruang dan peluang kepada Mazlan untuk mengenal cara kerja BN yang mungkin ada ‘kekuatan’ berbanding parti-parti lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya