KUALA TERENGGANU: Bilangan mangsa banjir gelombang ketiga di Terengganu kekal 137 orang sepanjang hari ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri berkata, kesemua mereka yang terjejas ialah di Dungun menerusi dua pusat pemindahan sementara (PPS) yang beroperasi di daerah itu.
Katanya, daripada jumlah itu, seramai 69 orang ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja manakala di Dewan Orang Ramai Kampung Shukur pula 68 orang.
Sementara itu, pemerhatian di laman web Public Infobanjir mendapati, setakat pukul 5 petang ini hanya satu sungai yang mencatatkan paras amaran iaitu Sungai Kemaman di Rumah Pam Paya Paman (Kemaman). -UTUSAN ONLINE