“Biasalah, YB kena ingat, Melayu mudah lupa” -Rita Rudaini personal ‘kemarahan’ warganet terhadap KJ - Utusan Malaysia

“Biasalah, YB kena ingat, Melayu mudah lupa” -Rita Rudaini personal ‘kemarahan’ warganet terhadap KJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon Rita Rudaini tampil mempersoal sikap segelintir warganet yang kurang berpuas hati dengan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ) berhubung berita pemberian dos penggalak keempat vaksin Covid-19, baru-baru ini.

Menerusi entri Instagram, Rita memuat naik satu tangkap layar artikel Astro Awani mengenai perkara berkenaan di Instastory miliknya.

“Habis madu sepah dibuang. Dulu dia lah tolong membawa masuk penawar untuk kamu semua. Korang puji dan puja dia. Korang marah orang lain.

“Kamu semua kata penawar itu ‘ikhtiar’, sekarang nak marah dia kenapa? Memang tidak kenang budi. Mana ‘ikhtiar’ korang? Sudah tercicir? Dos penggalak itu ‘mak segala ikhtiar tau. Kamu semua ini memang tidak kenang jasa dia.

“Dulu dia beri satu, korang minta dua. Sekarang dia beri lebih, korang marah kenapa? Bukan perlu bayar pun. Memang tidak kenang dek untung! Biasalah, Yang Berhormat (YB) kena ingat, Melayu mudah lupa,” coretnya panjang.

Terdahulu, Khairy memaklumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menjalankan kajian untuk memberikan suntikan dos penggalak keempat.

Jelas beliau, apa yang diketahui setakat ini hanya satu dos penggalak diperlukan bagi meningkatkan ketahanan penerima terhadap Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya