Beri subsidi kepada tadika swasta  - Utusan Malaysia

Beri subsidi kepada tadika swasta 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan digesa menjadikan prasekolah swasta sebagai sektor pendidikan yang layak mendapat subsidi kerajaan. 

Ketua Pejuanita Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datin Che Asmah Ibrahim berkata, pemberian subsidi tersebut bertujuan mengurangkan kos perkhidmatan seperti tarif elektrik dan air, bantuan sewa premis serta potongan cukai perkhidmatan ditanggung pengusaha. 

“Penjimatan dari segi kos ini perlu dipulangkan kepada ibu bapa melalui pengurangan yuran pada kadar berpatutan yang dikawal kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Beliau berkata demikian susulan isu kenaikan yuran tadika swasta dilaporkan media baru-baru sebagai terlalu mahal daripada yuran institusi pengajian tinggi awam. 

Dalam pada itu, beliau menuntut supaya pra =sekolah dikawal selia di bawah Kementerian Pendidikan dan bukan daripada kementerian berbeza. 

“Ini penting bagi memastikan kualiti pembelajaran memenuhi piawaian ditetapkan, termasuk menaik taraf kualiti pembelajaran dikendalikan kerajaan seperti tabika di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas),” katanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya