Bekalan kurang, sanggup beli minyak dalam talian - Utusan Malaysia

Bekalan kurang, sanggup beli minyak dalam talian

SEBUAH kedai runcit di Pekan Kuala Sungai Baru, Alor Gajah, Melaka kehabisan bekalan minyak masak bersubsidi. – UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Orang ramai sanggup membeli minyak masak bersubsidi menerusi platform e-dagang meskipun harganya lebih mahal berbanding harga ka­walan yang ditetapkan kerajaan ia­itu RM2.50 sepeket.

Bercakap kepada Utusan Ma­laysia, seorang pengguna, Mohd. Fazrul Hafiz Bakri, 22, berkata, kesukaran mendapatkan minyak masak peket sudah berlarutan sejak Oktober tahun lalu, selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan.

MOHD FAZRUL HAFIZ BAKRI

Katanya, peniaga mula mengenakan had pembelian ba­gi setiap isi rumah, walaupun mendakwa bekalan minyak masak peket mencukupi.

“Minyak masak peket memang ada dijual di kedai runcit tetapi kuantitinya terhad. Jika benar bekalan banyak, mengapa mesti dihadkan dalam kuantiti yang tidak munasabah?.

“Peniaga juga dilihat ‘pilih kasih’ kerana menjual minyak masak peket dalam kuantiti tertentu tanpa had kepada pelanggan tetap mereka.

“Jika masalah bekalan minyak masak peket ini tidak ditangani, saya sanggup membeli di platform e-dagang sebagai jalan terakhir kerana harga yang ditawarkan masih rendah berbanding harga minyak dalam botol,” katanya ketika ditemui.

Tinjauan akhbar ini di pre­mis-premis perniagaan sekitar Pekan Kuala Sungai Baru dekat sini mendapati, ia dijual dalam kuantiti yang terhad kepada pelanggan.

Sementara itu, seorang lagi pengguna, Suzanah Mustajab, 47, memberitahu, dia terpaksa mendapatkan bekalan minyak masak peket di kedai yang berlainan, susulan catuan pembelian yang dikenakan.

SUZANAH MUSTAJAB

Menurutnya, setiap kedai me­ngenakan had pembelian berlainan yang membenarkan setiap keluarga membeli dua hingga lima peket sahaja.

“Bukan semua kedai ada bekalan minyak masak. Dulu saya boleh beli sekotak minyak masak peket tetapi sekarang kena ikut kuantiti penjual,” katanya.

Bagaimanapun, pihak peruncitan memberikan pandangan yang berbeza dengan mendakwa, bekalan adalah mencukupi.

Seorang pekerja kedai, Zulkifli Ismail, 39, berkata, corak pembelian pelanggan adalah seperti biasa, namun terpaksa menghadkan pembelian sehingga empat pek bagi setiap pelanggan.

“Bekalan memang tiada masalah dan mencukupi kerana kedai ini mempunyai dua atau tiga pembekal. Pelanggan juga membeli seperti biasa tetapi dalam kuantiti yang dihadkan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya