Bekalan dos vaksin penggalak mencukupi di Pulau Pinang  - Utusan Malaysia

Bekalan dos vaksin penggalak mencukupi di Pulau Pinang 

CHOW KON YEOW menunjukkan carta pelaksanaaan imunisasi Covid-19 di  Pulau Pinang dalam sidang akhbar di Komtar, Georgetown hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Bekalan dos penggalak bagi vaksin Covid-19 di Pulau Pinang mencukupi dan  tidak mempunyai masalah sepertimana ketika pemberian suntikan dos pertama dan kedua dahulu. 

Sehubungan itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow menggesa penduduk negeri ini mendapatkan suntikan dos penggalak masing-masing di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), klinik atau lokasi yang ditetapkan menerusi janji temu MySejahtera. 

“Buat masa ini, kira-kira 40 peratus rakyat Pulau Pinang yang layak mendapat suntikan dos penggalak mereka. 

“Kita menjangkakan dapat mencapai 100 peratus penduduk Pulau Pinang menerima dos penggalak masing-masing menjelang akhir bulan depan atau awal Mac dan berharap pemberian dos penggalak ini dapat diselesaikan secepat mungkin,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. 

Terdahulu, Kon Yeow menyerahkan watikah pelantikan kepada 12 individu yang dilantik sebagai pesuruhjaya Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang bagi penggal 2022. 

Menurut Kon Yeow, setakat ini lebih 500,000 penduduk Pulau Pinang telah mendapat suntikan dos penggalak masing-masing dan sebanyak 18,000 dos penggalak vaksin Covid-19 diberikan setiap hari di negeri ini. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya