Bedak seinci ke tu? - Utusan Malaysia

Bedak seinci ke tu?

poklip
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Ramai yang memuji artis wanita ini apabila dia mula berhijab. Memang penampilannya semakin cantik dan berbeza. Malah, namanya yang sendu dahulu pun semakin hangat diperkatakan.

Rata-rata peminat suka dan mula meniru gaya artis itu. Baguslah. Tidaklah meniru gaya yang bukan-bukan. Kita risau, ramai anak muda ini pantang tengok gaya selebriti. Laju sahaja dia copy!

Tetapi ada seorang rakan media mendakwa, artis ini kuat menata rias wajahnya sehingga jadi putih melepak. Dalam bahasa kasar, bedak sampai seinci. Putih tepung!

Poklip sebenarnya tidak ada masalah jika artis itu mahu tepek bedak seinci pun di wajahnya. Kalau itu pilihannya. Bukan apa, Poklip tak mahu body shaming atau berkata yang bukan-bukan pasal penampilan seseorang.

Kita sudah masuk 2022, takkan mahu mengata orang lagi kan? Tak puas hati cakap depan. Kalau cakap belakang, yang disampaikan berbeza-beza nanti. Nama pun manusia, ada sahaja yang menambah perisa.

Poklip pun rasa artis itu sedang mencuba sedayanya untuk mengubah dirinya ke arah yang lebih baik. Perlahan-lahan lah. Takkan semua nak ikut apa pendapat orang kan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya