Bapa Azizulhasni meninggal dunia: 'Kami tak sangka ayah pergi buat selamanya' - Utusan Malaysia

Bapa Azizulhasni meninggal dunia: ‘Kami tak sangka ayah pergi buat selamanya’

AZIZULHASNI bersama bapanya, Awang@Muda Embong yang meninggal dunia di Kampung Nibong Stesen di Dungun, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Bapa jaguh berbasikal negara, Datuk Mohamad Azizulhasni Awang meninggal dunia akibat strok, awal pagi ini.

Allahyarham Awang@Muda Embong, 73, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Kampung Nibong Stesen di sini kira-kira pukul 2 pagi.

Abang ipar Azizulhasni, Mohd. Razman Mohamad berkata, bapa mentuanya dimasukkan ke hospital swasta empat hari lalu susulan pernafasan yang tidak stabil.

“Bagaimanapun, kesihatan ayah kembali stabil dan dibenarkan pulang petang semalam. Ayah nampak sihat dan boleh tersenyum, kami tidak sangka ayah pergi buat selamanya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd. Razman berkata, Azizulhasni yang kini berada di Melbourne, Australia sempat pulang bertemu dengan Allahyarham, awal bulan ini, malah, adik iparnya itu ada menghubungi keluarga selepas dimaklumkan tentang pemergian Allahyarham di samping menguruskan semua perbelanjaan pengebumian.

Katanya, jenazah bapa mentuanya akan dikebumikan selepas solat Zuhur di Tanah Perkuburan Islam Syed Yahya.

Sementara itu, Azizulhasni yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman turut berkongsi berita duka tersebut di laman Instagram miliknya, kira-kira sejam lalu.

Pelumba berusia 34 tahun itu memohon agar segala dosa bapanya diampunkan dan Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Dalam perkongsian sebelum ini, Azizulhasni menceritakan bapanya pernah diserang strok ketika dia bertanding dalam Olimpik Tokyo 2020.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya