'Banyak usaha nak menjatuhkan Muda beberapa hari ini' - Syed Saddiq - Utusan Malaysia

‘Banyak usaha nak menjatuhkan Muda beberapa hari ini’ – Syed Saddiq

TANGKAP layar mereka yang menuduh Muda mengadakan pesta bir hasil 'crowdfunding' mangsa banjir. - MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Tak perlu fitnah Muda (Parti Ikatan Demokratik Malaysia) guna duit crowdfunding. Semua kita dah tunjuk”.

Demikian jawapan Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Syed Abdul Rahman mengenai gambar tular yang mendakwa beberapa ahli parti itu ‘berpesta’ minum bir menggunakan duit ‘crowdfunding’.

Menurut Syed Saddiq, pihaknya sudah membuat sidang akhbar khas menunjukkan resit pembelian (bantuan untuk mangsa banjir hasil sumbangan ramai) dan semua transaksi direkod serta diaudit lepas misi bantuan banjir.

“100 peratus sumbangan adalah kepada mangsa banjir.

“Banyak usaha nak menjatuhkan Muda beberapa hari ini. Parti ini parti berbilang kaum. Bukan kesalahan untuk mereka minum, lainlah kalau mereka memandu,” tulisnya dalam ciapan di Twitter.

Syed Saddiq berkata, Muda menghormati hak mereka (minum bir) dan mereka hormat hak kita.

“Ini hak peribadi mereka. Parti ini ditubuhkan atas toleransi.

“Kalau betul ini perkara benar, kenapa sampai kena tutup (gelapkan) muka?” Soal beliau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya