Bantuan Awal Persekolahan naik RM150 diagih Isnin - Utusan Malaysia

Bantuan Awal Persekolahan naik RM150 diagih Isnin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikanmengagihkan segera dana Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bagi sesi persekolahan 2022/2023 bermula Isnin minggu depan.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin menerusi hantaran dalam akaun sosial Facebooknya berkata, kementerian tersebut telah menerima peruntukannya.

“Agihan BAP ini dibuat lebih awal bagi membolehkan persiapan ibu bapa untuk anak-anak dapat dibuat sebelum sesi persekolahan baharu bermula pada akhir Mac ini,” katanya.

RADZI JIDIN

Dana berkenaan diumumkan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat pada 29 Oktober tahun lalu menyaksikan peningkatan kadar bagi seorang murid dalam kalangan keluarga berpendapatan B40 daripada RM100 kepada RM150 dengan peruntukan tambahan berjumlah RM450 juta.

BAP kali ini dijangka memberi manfaat kepada sekitar tiga juta murid sekolah rendah dan menengah di seluruh negara yang berkelayakan hasil data profil keluarga direkodkan kementerian.

Inisiatif secara one-off atau sekali gus itu diberikan terus oleh pihak sekolah terbabit hanya kepada murid warganegara dari keluarga berpendapatan isi rumah kasar RM3,000 ke bawah.

Mengulas lanjut, Mohd. Radzi berkata, langkah menyegerakan BAP yang diserahkan lebih awal kali ini setelah kementerian menyedari ada keperluan mendesak ibu bapa atau penjaga. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya