Banteras isu penipuan alat timbang, sukat - Utusan Malaysia

Banteras isu penipuan alat timbang, sukat

HASNOL Zam Zam Ahmad (tengah) menyaksikan pertukaran memorandum perjanjian antara NMIM-SIRIM dan DE Metrology Sdn Bhd di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengambil tindakan membanteras isu memanipulasi pasaran menerusi penggunaan alat sukat tidak mengikut piawaian serta tamat tempoh sah laku.

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad berkata, kegiatan itu dilakukan pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan demi mengaut keuntungan berlebihan.

Dalam usaha ini, kata beliau, pihaknya melantik dua syarikat iaitu Metrology Corporation Malaysia (MCM) Sdn. Bhd. dan DE Metrology Sdn. Bhd. (DMSB) untuk melaksanakan fungsi bagi memastikan landskap perniagaan dalam negara sentiasa berada di tahap tinggi berkaitan pematuhan timbang dan sukat.

“Tidak kira berskala kecil yang melibatkan peniaga seperti di pasar atau yang berskala besar misalnya industri kelapa sawit dan automotif. Begitu juga kiraan minyak di stesen minyak supaya bertepatan dengan kuantiti dibayar pelanggan,” katanya.

Terdahulu, beliau menyaksikan majlis pertukaran memorandum perjanjian antara Institusi Metrologi Kebangsaan Malaysia (NMIM) dan SIRIM diwakili Pengarah Kanan NMIM, Dr. Osman Zakaria dan DMSB diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zuwairi Japri Al-Manjie yang turut disaksikan Pengerusi DMSB, Datuk Seri Jamil Salleh dan Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM, Datuk Dr. Ahmad Sabirin Arshad di sini hari ini.

Hasnol Zam Zam berkata, kementerian amat mengalu-alukan kerjasama tersebut dalam meningkatkan kemahiran, kompetensi serta pengetahuan berhubung penentusahan pengukuran dan ketepatannya.

Menerusi kerjasama itu, seramai 106 pegawai penentusahan syarikat DMSB akan mengikuti latihan selama dua tahun dalam memantapkan pengetahuan dan pembangunan kompetensi berhubung penentusahan alat pengukuran bagi kegunaan perdagangan.

Dalam pada itu, Ahmad Sabirin berkata, kursus kompetensi dan konsultansi itu dilaksanakan NMIM untuk memenuhi syarat lantikan DMSB sebagai syarikat dilesenkan KPDNHEP.

“Ini bagi menjalankan kerja penentusahan timbang, sukat serta alat timbang dan sukat untuk kegunaan perdagangan. Skop kursus kompetensi dan konsultansi merangkumi bendalir, masa, sukar linar dan jisim (timbang) yang dilaksanakan dalam tempoh dua tahun.

“Selain itu, ia turut merangkumi kursus dan penilaian teori secara atas talian, kurus praktikal secara video pra-rakaman dan penilaian secara fizikal di cawangan DMSB mengikut wilayah atau di kemudahan pihak ketiga serta konsultansi dan audit,” katanya.

Beliau berkata, NMIM mempunyai lebih 80 kurus metrologi atau sains pengukuran ditawarkan secara fizikal di Sepang atau premis peserta dan sebanyak 47 kurus daripadanya dijalankan secara dalam talian.

Katanya, kursus metrologi NMIM terbahagi kepada teori dan praktikal, manakala tenaga pengajar adalah kakitangan NMIM iaitu metrologis yang mendapat latihan teknikal dalam bidang seperti pengukuran parameter jisim (kilogram), panjang (meter), masa (saat), arus (ampere), suhu termodinamik (kelvin), keamatan cahaya (candela) dan mol.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya