Banjir: Semak semula sistem, pembangunan - Utusan Malaysia

Banjir: Semak semula sistem, pembangunan

AMIRA AISYA ABDUL AZIZ , MOHD. AZMI ABDUL HAMID dan HALIM ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan perlu menyemak semula sistem dan projek pembangunan yang mengabaikan aspek alam sekitar hingga memusnahkan habitat hidupan yang membawa kepada bencana lebih teruk.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd. Azmi Abdul Hamid berkata, kerajaan sepatutnya melaksanakan projek pembangunan yang mengutamakan keperluan asas, sesuai dengan budaya hidup tempatan dan memberi kepentingan kepada keseimbangan ekologi.

Jelas beliau, kerajaan tidak mengikut pandangan laporan kesan jangka panjang lalu tidak teliti dan sering tidak melihat kesan pembangunan yang dibantah oleh penduduk dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) malah, cenderung bersetuju dengan syarikat pelabur dan tidak menimbangkan keluhan rakyat bila pembangunan berskala besar hendak dilaksanakan.

“Keputusan kelulusan projek pembangunan yang menjejaskan keseimbangan ekologi sering dipengaruhi oleh lobi syarikat dan campur tangan orang atasan yang berkepentingan. Penguatkuasaan undang-undang dan dasar tidak dilaksana dengan berkesan dan sering selektif.

“Optimisme kerajaan kadang-kadang banyak retorik. Bencana selalu berulang padahal mereka telah berjanji dan memberi jaminan langkah mencegah akan dilakukan, tetapi tidak serius memastikan ia dilaksanakan dengan bersungguh,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Sebelum ini pelakon terkenal, Kazar atau nama panjangnya Kazaruddin Saisi mempersoalkan usaha kerajaan dalam menangani banjir kerana negara luar sedang ke hadapan menganjurkan pertandingan bangunan kalis gempa untuk dilaksanakan dalam pembinaan sesebuah bangunan.

Setiausaha Agung Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Amira Aisya Abd Aziz pula berkata, kerajaan perlu mengutamakan penyelesaian dan pencegahan kesan buruk dari bencana alam dengan pembangunan yang sesuai untuk menghadapi bencana.

Sementara itu, Pengerusi Yayasan Keprihatinan Komuniti Malaysia (MCCF), Datuk Halim Ishak berpendapat, pihak berkuasa perlu mengatur semula sistem sedia ada supaya tidak menyusahkan mangsa banjir dan menjadi lebih efektif.

“Melalui penilaian saya, bantuan pasca banjir kita masih berada di tahap yang rendah. Terdapat pihak yang masih buntu menunggu arahan dan hingga kini kita masih tidak tahu siapa sebetul-betulnya bertanggungjawab.

“Sebelum melakukan pembinaan seperti luar negara, kita kemaskan kembali aturan sistem pengendalian bencana kita pada masa kini tidak ada perselarian hingga manga dilihat seperti putus asa kerana prosedur operasi standard (SOP) yang rumit,” jelasnya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya