Banjir Sabah, 3,330 mangsa berada di 31 PPS - Utusan Malaysia

Banjir Sabah, 3,330 mangsa berada di 31 PPS

SITUASI banjir berhampiran bulatan Popok, Kota Marudu-SUMBER Media Sosial
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Mangsa terjejas banjir di Sabah meningkat kepada 3,330 orang berbanding 3,310 orang yang dilaporkan pada pukul 8 pagi tadi.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam berkata, setakat 4 petang ini, jumlah mangsa yang dipindahkan ke ke pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat sebanyak 20 orang.

Beliau berkata, 3,310 mangsa itu terdiri daripada 1,377 keluarga yang dipindahkan ke 31 PPS yang dibuka di enam daerah yang dilanda banjir. Ia termasuklah antaranya Kota Marudu, Paitan, Beluran, Telupid, Sandakan dan Pitas.

Daerah yang terjejas teruk adalah Kota Marudu mencatatkan seramai 2,659 mangsa yang terdiri daripada 1,115 keluarga yang dipindahkan ke 14 PPS.

Di Pitas, mangsa bertambah kepada 307 orang yang terdiri daripada 127 keluarga yang dipindahkan ke empat PPS manakala, di Telupid, mangsa bertambah kepada 228 orang yang terdiri daripada 48 keluarga dipindahkan ke lapan PPS.

Sementara itu, di Paitan, mangsa terjejas banjir menurun kepada 99 orang terdiri daripada 23 keluarga yang dipindahkan ke tiga PPS.

Turut menunjukkan penuruan mangsa banjir adalah daerah Beluran iaitu 38 mangsa daripada 10 keluarga dipindahkan ke sebuah PPS setelah sebuah PPS iaitu Dewan Serbaguna Beluran ditutup pada pukul 3 petang tadi.

Di Sandakan pula, 46 mangsa daripada tujuh keluarga dipindahkan ke sebuah PPS.

APM turut melaporkan banjir berlaku di Kampung Dalit, Sook Keningau namun, belum ada PPS yang dibuka setakat ini.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya