Banjir makin buruk, 3,329 orang dipindahkan di Sabah - Utusan Malaysia

Banjir makin buruk, 3,329 orang dipindahkan di Sabah

KEADAAN banjir di simpang jalan utama menuju ke Kota Marudu-IHSAN Media Sosial
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Penduduk terjejas akibat banjir di Sabah meningkat kepada 3,329 orang setakat 5 petang tadi.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam berkata, setakat ini, 3,329 orang daripada 1,231 keluarga dipindahkan ke 29 pusat pemindahan banjir (PPS) yang dibuka di enam daerah.

Daerah yang terjejas teruk masih lagi Kota Marudu yang membabitkan 2,765 orang mangsa daripada 1,061 keluarga dipindahkan ke 13 PPS.

Sehingga kini, 30 buah kampung terjejas banjir di daerah ini dan ia termasuk Kampung Asin-Asin, Kampung Tingkalanon, Kampung Kandawayon, Kg Damai, Kg Magandai, Kampung Salimandut dan Kampung Langkon.

Di Pitas, seramai 216 mangsa daripada 94 keluarga dipindahkan ke empat PPS manakala, di Telupid, 159 mangsa daripada 34 keluarga dipindahkan ke tiga PPS dan di Paitan pula, 102 mangsa daripada 24 keluarga terjejas dipindahkan ke tiga PPS.

Sementara itu, di Beluran, 41 mangsa daripada 11 keluarga dipindahkan ke dua PPS.

Di Sandakan bilangan mangsa banjir menurun kepada tujuh orang yang ditempatkan di sebuah PPS selepas penutupan PPS Masjid Nur Iman Sungai Memanjang pada pukul 3 petang tadi.

Hujan berterusan mengakibatkan beberapa jalan dan kawasan kampung terputus hubungan berikutan paras air yang semakin naik.

Operasi pemindahan mangsa banjir turut dilakukan oleh pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya