Banjir Johor hampiri angka 4,000 mangsa - Utusan Malaysia

Banjir Johor hampiri angka 4,000 mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Keadaan banjir di negeri ini terus bertambah buruk apabila jumlah penduduk yang diarahkan berpindah meningkat kepada 3,921 mangsa setakat pukul 10 pagi ini.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 1,016 keluarga kini berlindung di 63 pusat pemindahan sementara (PPS) yang beroperasi di Johor.

Selain Segamat yang merupakan daerah paling teruk dilanda banjir, Kluang, Tangkak, Kota Tinggi, Mersing dan Johor Bahru antara yang turut terkesan dengan bencana itu.

Jumlah mereka yang diarahkan berpindah bermungkinan akan terus bertambah apabila jangkaan air pasang besar di beberapa kawasan perairan di negeri ini mungkin memburukkan lagi keadaan. – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya