Banjir di Melaka terus kritikal - Utusan Malaysia

Banjir di Melaka terus kritikal

ANGGOTA APM memeriksa bagi mengenal pasti sekiranya masih terdapat mangsa banjir yang terperangkap di Kampung Beringin, Alor Gajah, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Mangsa bencana banjir kilat di negeri ini meningkat kepada lebih 1,100 orang membabitkan ketiga-tiga daerah yang terjejas susulan cuaca hujan lebat berterusan, sejak kelmarin. 

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Melaka, Lt. Kol. (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata, setakat pukul 8 pagi tadi, seramai 1,122 mangsa daripada 279 buah keluarga telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS). 

Jelasnya, sebanyak 11 PPS telah dibuka secara berperingkat.

“Setakat pukul 8 pagi tadi, jumlah mangsa banjir kilat terus meningkat iaitu seramai 1,122 mangsa dengan 653 orang membabitkan daerah Alor Gajah, Melaka Tengah (437) dan Jasin (32). 

“Kesemua penduduk ini adalah dari 19 kawasan yang terjejas teruk akibat bencana itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, di Alor Gajah, kawasan yang terlibat adalah Kampung Gadek Dalam, Taman Seri Bayu, Pengkalan, Kampung Panchor, Kampung Beringin, Kampung Sungai Siput, Lubok China, Kampung Jeram, Kampung Belimbing, Kampung Pulau dan Kampung Telok Berembang. 

Tambahnya, manakala di Melaka Tengah membabitkan Kampung Lanjut Manis, Padang Siapong, Kampung Tanah Merah, Taman Merdeka Jaya dan Taman Datuk Tamby Chik Karim. 

Ujarnya, tiga kawasan lagi adalah di Kampung Parit Penghulu, Kampung Lanchang dan Kampung Tersusun Rambai Jaya, Jasin. 

Mengulas lanjut, beliau berkata, trend bencana menunjukkan jumlah mangsa terjejas akan terus meningkat. 

“Pagi ini pula Rumah Awam di Pantai Peringgit telah dinaiki air dan kita jangkakan jumlah mangsa akan terus meningkat sehingga petang ini,” katanya.  -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya