Banjir: 40 mangsa masih di dua PPS Banting - Utusan Malaysia

Banjir: 40 mangsa masih di dua PPS Banting

HASNUL Baharuddin (kemeja putih) meninjau mangsa banjir di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Kelanang, Banting di Kuala Langat, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Jumlah mangsa banjir di Selangor masih kekal seramai 40 orang setakat pukul 5 petang tadi.

Mereka yang terdiri daripada 12 keluarga itu kini masih ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di sekitar Banting, di sini.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, kesemua mangsa melibatkan penduduk Jalan Sungai Nangka dan Kampung Kelanang yang terjejas banjir kelmarin.

Katanya, dua PPS yang masih dibuka iaitu Dewan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Banting dan Dewan Orang Ramai Kampung Kelanang.

“Paras air kediaman mencatatkan penurunan namun kedua-dua PPS itu belum ditutup pihak berkuasa setakat ini.

“Kesemua mangsa masing-masing 15 individu daripada enam keluarga ditempatkan di Dewan MPKK manakala 25 orang (enam keluarga) di Dewan Orang Ramai Kampung Kelanang,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Jelas Norazam, pemantauan pihaknya di lokasi berisiko banjir di sekitar daerah ini mendapati keadaan masih terkawal.

“Lokasi yang dipantau pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting antaranya Jeti Kelanang, Pantai Morib dan Kunci Air Bukit Changgang. Selain cuaca tidak hujan, paras air laut dan sungai dalam keadaan terkawal,” jelasnya.

Tambah beliau, pihaknya akan menjalankan pemantauan berterusan termasuk fenomena air pasang besar yang diramal berakhir esok.

Terdahulu, Timbalan Speaker DUN Selangor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Morib, Hasnul Baharuddin turut hadir meninjau mangsa banjir di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Kelanang pagi tadi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya