PETALING JAYA: “Bahagia itu di hati, bila kita bersyukur”.
Demikian tulis pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew mengenai hakikat kebahagiaan sebenar yang seharusnya dicari manusia.
Beliau berkongsi nasihat itu dalam hantaran terbaharu di Facebook dengan sekeping gambar berlatarbelakangkan keindahan Venice, Itali.
Beliau menyambung, kebahagiaan juga adalah apabila kita tidak melihat apa yang kita miliki, sebaliknya siapa yang menganugerahkan nikmat tersebut.
“Bahagia bila mengenal Allah. Bersyukur dengan segala nikmatnya. Saling mendoakan kebaikan buat semua,” katanya.
Mengenai keberadaan beliau bersama isteri di Itali ketika ini, beliau menulis: “Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah atas segala nikmat-Mu yang tak terhitung. Di Venice, Itali bila sebut dari Malaysia, mereka kata negara impian kami untuk kami pergi”.