Bagaimana boleh keluar masuk negara tanpa vaksinasi?

Bagaimana boleh keluar masuk negara tanpa vaksinasi?

ISHAM JALIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan perlu memberikan penjelasan berhubung tindakan rakyat Malaysia yang boleh keluar masuk sempadan tanpa divaksinasi.

Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil berkata, hal ini kerana rakyat lain hendak memasuki kedai biasa perlu menunjukkan MySejahtera dan rekod vaksin.

“Kerajaan perlu jelaskan bagaimana mereka ini boleh keluar masuk sempadan negara tanpa vaksinasi dan selepas itu bawa masuk Omicron? 

“Sedangkan rakyat lain hendak keluar masuk kedai biasa pun perlu papar MySejahtera dan rekod vaksin,” katanya dalam hantaran Facebook beliau hari ini.

Beliau mengulas laporan media bahawa warga negara ini yang membawa pulang Omicron ke negara ini tidak mempunyai rekod vaksinasi.

Perkara itu didedahkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam sidang media semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya