Bacaan Yasin, munajat antara program sempena Hari Wilayah Persekutuan 2022 - Utusan Malaysia

Bacaan Yasin, munajat antara program sempena Hari Wilayah Persekutuan 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menganjurkan beberapa program sempena Hari Wilayah Persekutuan yang turut melibatkan penyertaan masjid dan surau serta institusi pendidikan Islam di bawah seliaannya. 

Jawi menerusi kenyataan memaklumkan, antara program dirancang ialah  bacaan Yasin dan munajat, pertandingan mewarna dan deklamasi sajak serta penulisan jawi dan khat.

Menurutnya, Jawi juga menganjurkan majlis bacaan Yasin dan solat hajat khas di Masjid Jamek Kampung Baru esok selepas solat Maghrib secara serentak di seluruh masjid, surau Jumaat dan surau di Wilayah-Wilayah Persekutuan. 

“Malah, program tersebut juga akan diteruskan pada setiap hari Khamis sepanjang bulan Februari. Selain itu, kami juga akan mengadakan Forum Ehwal Islam Khas pada 10 Februari ini selepas solat Maghrib di Masjid Wilayah Persekutuan dengan tajuk ‘Islam Dihayati, Wilayah Persekutuan Diberkati’ yang menampilkan penceramah tersohor tanah air,” katanya. 

Dalam pada itu, katanya, Jawi turut menganjurkan Forum Ehwal Islam di empat buah masjid di Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bermula 12 Februari ini.  – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya