Azwan, Ezzaty Abdullah bakal timang anak kedua - Utusan Malaysia

Azwan, Ezzaty Abdullah bakal timang anak kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pasangan pelakon, Azwan Kombos dan isteri, Ezzaty Abdullah mengumumkan bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.

Berita gembira itu dimuat naik Azwan menerusi gambar yang dimuat naik di Instagram, baru-baru ini.

“Dah lama nak kongsi berita gembira ini. Tapi disebabkan aktiviti dan kehidupan seharian kami, macam rasa tak sempat nak fikir masa yang sesuai.

“Jadi hari ini saya dengan rasa gembiranya nak bagi tahu isteri saya sedang hamil lapan bulan.

“Doakan yang terbaik buat bayi dalam kandungan ya,” ujarnya.

Bagaimanapun, Azwan tidak mendedahkan jantina bayi tersebut.

Sementara itu, Ezzaty turut berkongsi berita sama di akaun Instagramnya.

“Bulan depan bertambah bilangan keluarga kami Insya-Allah,” kongsi Ezzaty.

Serentak dengan perkongsian itu, ruangan komen dihujani ucapan tahniah dan doa yang baik-baik buat pasangan dan bayi dalam kandungan tersebut.

Sebagai informasi, Azwan dan Ezzaty mendirikan rumah tangga pada 2016 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Harum Dalia, 4.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya