ATM Guardians 'cemas' sebelum menang - Utusan Malaysia

ATM Guardians ‘cemas’ sebelum menang

ATM Guardians terus unggul di persada liga Premier STL 2021/2022.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Guardians mencatatkan kemenangan kelapan mereka musim ini dengan menewaskan Kelantan Warriors 2-1 dalam aksi Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) di Stadium Titiwangsa sebentar tadi.

Semalam, naib juara premier musim lalu yang mengekalkan rekod tanpa kalah sebanyak tujuh perlawanan itu seolah-olah baru terjaga dari tidur apabila tewas mengejut kepada Selangor Pistons.

Skuad bimbingan Aswadi Abdullah yang kehilangan tonggak utama, Hairul Hazizi dilihat kembali memperkemaskan rentak permainan malam ini apabila menang mudah 21-13 di set pertama.

Kelantan yang menyenaraikan tonggak utama terdiri daripada Zulkifli Abdul Razak, Eqbal Shamsudin dan Aidil Aiman berjaya bangkit di set kedua dengan tiba giliran mereka pula menang mudah 21-12.

Bagaimanapun ATM Guardians enggan pulang dengan tangan kosong apabila menang 21-18 di set penentuan selepas berjaya meningkatkan serangan dan pertahanan.

Selepas mengharungi sembilan perlawanan, ATM Guardians semakin kukuh di puncak liga dengan mengutip 16 mata, empat mata dihadapan pesaing terdekat, Kuala Lumpur (KL) Thunder.

Perlawanan pada hari ini adalah perlawanan terakhir bagi pusingan pertama Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) dan akan berhenti seketika selama 11 hari bermula esok hingga 10 Februari.

Bagaimanapun, peminat sepak takraw akan terus dihidangkan dengan aksi menarik daripada pasukan divisyen 1 yang akan bermula pada 1 hingga 6 Februari di venue yang sama. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya