Asrama Maahad Tahfiz Assyatirie cawangan Sungai Dedap pula terbakar - Utusan Malaysia

Asrama Maahad Tahfiz Assyatirie cawangan Sungai Dedap pula terbakar

SEORANG anggota bomba memeriksa asrama Maahad Tahfiz Assyatirie cawangan Sungai Dedap, Yan yang terbakar hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YAN: Tidak sampai tempoh 24 jam kejadian kebakaran di Maahad Tahfiz Assyatirie di cawangan Kampung Dulang Besar semalam, hari ini asramanya di cawangan Sungai Dedap di sini pula terbakar.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.50 petang itu, seramai 240 orang pelajar termasuk 15 pelajar dari cawangan Kampung Dulang Besar yang dipindahkan ke situ semalam selamat kerana berada di blok pengajian lain.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Yan, Penolong Penguasa Bomba Fauzi Shuaib berkata, kebakaran melibatkan tingkat tiga bangunan asrama tiga tingkat kelas A.

Beliau berkata, bagaimanapun sebaik sahaja tiba di lokasi kejadiaan, kebakaran sudah berjaya dipadamkan oleh petugas Maahad menggunakan alat pemadam api serbuk kering. 

“Hasil pemantauan mendapati kebakaran berlaku di tingkat tiga bangunan yang melibatkan kebakaran 50 peratus bahagian siling dan tilam di dalam bilik asrama terbabit.

“Kita telah membuat pemeriksaan menyeluruh bagi memastikan tiada lagi api di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam sebuah bangunan asrama pelajar dan pejabat Maahad Tahfiz Assyatirie cawangan Kampung Dulang Besar di sini terbakar.

Dalam kejadian pukul 6.30 petang itu, kira-kira 15 pelajar dan beberapa kakitangan pusat pengajian itu terselamat kerana berada di luar bangunan tersebut kerana terlibat aktiviti lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya