Aset usang Maritim Malaysia: KDN jamin isu diatasi dari semasa ke semasa - Utusan Malaysia

Aset usang Maritim Malaysia: KDN jamin isu diatasi dari semasa ke semasa

KERATAN akhbar muka depan Utusan Malaysia hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan usaha bagi menggantikan aset usang milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim  Malaysia) sudah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin memberi jaminan bahawa isu itu akan diatasi dari semasa ke semasa. 

“Insya-Allah kita akan lakukan terbaik dari semasa ke semasa,” katanya dalam sidang akhbar selepas berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan KDN dan Amanat Tahun Baharu 2022, di sini hari ini. 

Sebelum itu, Hamzah dalam ucapannya berkata, Maritim Malaysia baru sahaja menerima enam buah kapal ronda generasi baharu bagi memperkuat kawalan keselamatan maritim negara. 


HAMZAH Zainudin (dua kiri) menyampaikan sijil penghargaan misi pembersihan dan kemanusiaan KDN kepada penerima pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri dan Amanat Tahun Baharu 2022 di Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya. – UTUSAN/ FAISOL MUSTAFA

Muka depan Utusan Malaysia hari ini melaporkan, hampir 60 peratus aset dimiliki  Maritim Malaysia usang sehingga mengganggu keberkesanan operasi pasukan tersebut dalam menjaga keselamatan perairan negara. 

Perkara itu disahkan Ketua Pengarahnya, Laksamana Maritim Datuk Mohd. Zubil Mat Som. 

Menurutnya, keadaan aset-aset lama yang terhad itu turut memerlukan kos penyelenggaraan tinggi kerana faktor usia yang kebanyakannya antara 25 hingga 40 tahun. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya