Apa salah Norlia Ghani? - Utusan Malaysia

Apa salah Norlia Ghani?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Poklip tak faham dengan mentaliti segelintir warganet yang tak sudah-sudah mengecam dan mengutuk legenda kita, Norlia Ghani. Ada sahaja yang kalian kecam.

Yang terbaharu, Norlia dikatakan tergedik-gedik mahu berlakon lagi walaupun usianya sudah tua ganyut. Eh, kenapa pula dia tidak boleh berlakon? Apa salahnya?

Yang mengecam dan mengutuk itu ada buat tabung derma untuk Mama Norlia ke? Yang boleh dia buat beli makan, minum dan tampung kehidupan sendiri kalau tidak berlakon?

Tetapi paling mengejutkan Poklip adalah kecaman itu datang daripada kalangan selebriti kita juga. Apa yang tak puas hati sangat ya?

Poklip ada menghubungi Mama Norlia. Dia sebolehnya tidak mahu membuka mulut siapa gerangan si polan itu.

Tetapi korek punya korek, Poklip dapat tahu dia seorang pelakon dan paling penting, bertudung labuh!

Ha, tak semua yang kita nampak baik di media sosial itu, hatinya sama suci ya. Kadang-kadang isu ini buat kita tertanya, propakah mereka? Tuhan sahaja tahu.

Tapi Mama Norlia yang Poklip kenal memang baik. Dan kalau bukan sebab duit sekali pun, dia berlakon kerana cinta dan minatnya. Jadi di mana salahnya dia berlakon di usia menjengah ke angka 73?

Di kala ada segelintir pemain industri yang merendah-rendahkan pelakon berusia, janganlah kita sebagai peminat turut sama. Kita sepatutnya berbangga mempunyai barisan veteran yang hebat-hebat.

Kita sibuk membanding-bandingkan industri seni kita yang kononnya masih jauh untuk dibanding dengan Hollywood dan Hallyuwood. Tetapi dalam pada masa sama, menutup peluang dan minat penggiat seni.

Kalau di negara luar, anak seni veteran diangkat, disanjung. Namun malangnya, kita seperti menidakkan mereka. Dikatakan tak cantik lah, tergedik lah. Semua itu bukankah seperti menutup rezeki mereka?

Diharapkan, ramai penggiat seni yang senada dengan Poklip. Malah untuk kita semua, ayuh buang jauh persepsi dan mentaliti sebegitu. Kita raikan kepelbagaian, tidak kira apa jua!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya