Anak penyu agar mati tertelan plastik di Pantai Pulau Kerengga - Utusan Malaysia

Anak penyu agar mati tertelan plastik di Pantai Pulau Kerengga

SEORANG pengunjung melihat bangkai anak penyu agar yang ditemukan mati dengan kesan darah akibat tertelan plastik di Pantai Pulau Kerengga di Marang, Terengganu, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Seekor anak penyu agar ditemukan mati dipercayai akibat tertelan plastik di Pantai Pulau Kerengga di sini, hari ini.

Penemuan bangkai reptilia marin seberat antara lima ke lapan kilogram itu disedari seorang mekanik sambilan ketika beriadah bersama anaknya kira-kira pukul 8.30 pagi.

Mohd. Afendy Abd. Aziz, 41, berkata, dia segera mendekati penyu berkenaan dan terkejut melihat kesan luka serta berdarah pada mulut haiwan itu.

“Saya nampak seperti gumpalan plastik di dalam mulut penyu dan menarik keluar dua bahan berkenaan dengan harapan ia masih bernafas.

“Malangnya anak penyu sudah mati dan tidak dapat diselamatkan,” katanya ketika dihubungi.

Mohd. Afendy turut kesal melihat nasib malang anak penyu itu angkara pencemaran sampah yang dilakukan masyarakat.

Sementara itu, Pengarah Perikanan negeri, Ruzaidi Mamat berkata, dalam tempoh dua minggu pertama ini, sebanyak empat kematian penyu direkodkan di Terengganu.

Katanya, kematian pertama dilaporkan pada 3 Januari lalu apabila penyu agar betina dewasa ditemukan terdampar di Pantai Penunjuk di Kemaman diikuti dua kematian lain pada tarikh sama, 12 Januari.

“Masing-masing dua kematian itu melibatkan penyu agar betina dewasa yang dijumpai di lokasi berasingan di Pantai Seberang Takir di Kuala Nerus dan Pelabuhan Chendering di Kuala Terengganu.

“Siasatan mendapati punca kematian tiga penyu dewasa itu adalah kerana lemas akibat terperangkap dalam pukat,” katanya.

Dalam pada itu, Ruzaidi berkata, sebanyak 51 kes kematian penyu direkodkan di seluruh negeri sepanjang tahun 2021. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya