PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan Negeri Sembilan, Johor dan Sabah.
Menurut jabatan itu, Negeri Sembilan melibatkan Port Dickson manakala Johor di Pontian, Kulai, Kota tinggi dan Johor Bahru.
Amaran sehingga pukul 6 petang itu juga melibatkan Sabah di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Keningau dan Tambunan) selain Pantai Barat (Ranau).