PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan Kedah, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah sehingga pukul 8 malam ini.
Kawasna terlibat adalah Kulim, Kedah; Pahang (Lipis dan Raub); Negeri Sembilan (Rembau dan Tampin); Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru); Sarawak iaitu di Kuching (Kuching) dan Samarahan (Samarahan dan Asajaya)
Sabah pula melibatkan Pantai Barat (Tuaran, Ranau dan Kota Belud).
Amaran sama sehingga pukul 7 malam pula melibatkan Kedah (Bandar Baharu); Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim); Pahang (Tanah Tinggi Cameron dan Bentong)
Di Selangor pula ia melibatkan Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang; Kuala Lumpur; Putrajaya dan Negeri Sembilan (Jelebu dan Jempol).
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelas jabatan itu.