Amaran ribut petir di Sarawak, Sabah - Utusan Malaysia

Amaran ribut petir di Sarawak, Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir yang dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah. 

Menurut MetMalaysia, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang itu dijangka berlaku sehingga pukul 10 malam ini. 

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Betong, Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong) dan Bintulu (Tatau) di Sarawak manakala di  Sabah: melibatkan Sandakan (Telupid, Kinabatangan dan Beluran) dan Kudat (Pitas dan Kudat) sehingga 10 malam, Khamis, 20 Januari. 

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya