Amaran hujan lebat di Kedah, Perak, Selangor, KL, Putrajaya, Johor, Sarawak dan Sabah - Utusan Malaysia

Amaran hujan lebat di Kedah, Perak, Selangor, KL, Putrajaya, Johor, Sarawak dan Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di Kedah, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Sarawak dan Sabah.

Amaran sehingga pukul 7 malam itu melibatkan Baling, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah selain Perak (Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim).

Selangor pula melibatkan Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang diikuti Johor (Batu Pahat dan Pontian).

Sarawak melibatkan kawasan Kuching, Seiran, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Muka, Kapit, Bintulu, Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.

Sabah di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Keningau dan Tambunan) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya