Amaran hujan berterusan: NDCC keluar segera Notis Kesiapsiagaan Operasi Bencana - Utusan Malaysia

Amaran hujan berterusan: NDCC keluar segera Notis Kesiapsiagaan Operasi Bencana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) bertindak segera mengeluarkan Notis Kesiapsiagaan Operasi Bencana susulan amaran cuaca berterusan buruk oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), pukul 1 petang tadi. 

Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), semua Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri/Daerah hendaklah diaktifkan dan mempertingkat tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi bencana yang bakal berlaku terutama di kawasan berisiko tinggi.

Katanya,  jawatan kuasa juga dimohon memastikan setiap pusat pemindahan dilengkapi dengan keperluan asas dan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) mempunyai segala aset pengoperasian mencukupi serta berada dalam keadaan baik dan bersedia untuk digunakan.

“Semua Pusat Operasi/Kawalan Bencana Peringkat Pusat hendaklah memanjangkan notis ini ke peringkat negeri dan daerah

“Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) dan Jabatan Pengairan dan Saliran akan memberi pemakluman awal yang dikemas kini dari masa ke semasa agar Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) akan dapat bersiap siaga,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Met Malaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan dijangka berlaku di beberapa negeri, pukul 1 petang tadi di laman Facebook rasminya, hari ini.

“Amaran Hujan Berterusan (Buruk). Hujan lebat berterusan dijangka berlaku di negeri Pahang (Jerantut, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin); Negeri Sembilan (Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin); Melaka; Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi) sehingga Isnin, 3 Januari ini.

“Amaran hujan berterusan (Waspada). Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Kelantan; Terengganu; Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong dan Temerloh); Sabah: Pantai Barat (Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat sehingga Selasa, 4 Januari.

“Amaran Hujan Berterusan (Waspada) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan/ribut petir sedang/dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan. 

“Hujan berterusan juga dijangka berlaku di Perak (Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim); Selangor; Kuala Lumpur; Putrajaya; Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban dan Port Dickson) dan Johor (Pontian, Kulai dan Johor Bahru) sehingga Isnin, 3 Januari,” katanya. – UTUSANN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya