Aliran trafik lebuh raya perlahan

Aliran trafik lebuh raya perlahan

KEADAAN trafik mula perlahan menghala ke Plaza Tol Bentong dan dari Gombak menghala ke Timur berikutan orang ramai mula pulang ke kampung sempena sambutan Tahun Baharu Cina dan cuti sekolah. - FOTO/FB LPT  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Aliran trafik di lebuh raya menghala Utara, Selatan dan Pantai Timur mula perlahan susulan orang ramai yang pulang ke kampung halaman sempena sambutan Tahun Baharu Cina dan cuti sekolah. 

Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan, trafik mula perlahan menghala ke Plaza Tol Bentong dan dari Gombak menghala ke Pantai Timur. 

“Para pengguna dinasihatkan untuk menjaga jarak kenderaan dan mengikuti had laju yang ditetapkan demi keselamatan semua. Semoga selamat sampai ke destinasi,” jelasnya. 

Sementara itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan, aliran trafik arah Utara sesak sebelum persimpangan Tapah ke hentian sebelah Gua Tempurung susulan satu kemalangan treler. 

“Terdapat kemalangan treler di laluan Tapah-Gopeng (KM 302.4 arah Utara), lorong kanan ditutup. Trafik sesak 25 km sebelum Persimpangan Tapah ke Hentian Sebelah Gua Tempurung. Hati-hati memandu,” katanya.

Dalam pada itu, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam satu hantaran Twitter turut memaklumkan, terdapat satu kemalangan arah Utara, namun trafik terkawal. 

“Kemalangan KM 310.3 arah Utara dari Tapah ke Gopeng. Lorong kiri terhalang. Trafik terkawal. Pandu berhati-hati,” katanya. 

PLUS turut memaklumkan, terdapat kemalangan yang berlaku di aliran trafik di KM 259.3 arah Selatan dari Port Dickson (S) ke Senawang, namun tiada lorong terhalang dan trafik dalam keadaan terkawal. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya