Alat komunikasi canggih bantu polis Kelantan - Utusan Malaysia

Alat komunikasi canggih bantu polis Kelantan

SHAFIEN Mamat (kiri) melihat alat TMR yang digunakan anggotanya ketika sesi latihan penggunaan peralatan itu di ICQS Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan. - UTUSAN/ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Polis Kelantan menerima lima unit alat perhubungan komunikasi Transportable Mobile Radio (TMR) Motorola APX2500 bernilai RM140,000 bagi membantu melancarkan tugas-tugas polis di negeri ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, alat tersebut dibekalkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman juga akan dimanfaatkan bagi kerja-kerja mencari dan menyelamat (SAR) dalam sebarang bencana.

“Penggunaan alat ini memudahkan urusan komunikasi dengan lebih jelas termasuk siasatan dan laporan berkaitan bencana seperti banjir atau tanah runtuh di kawasan pedalaman berbanding penggunaan walkie talkie.

“Kita akui selama ini polis berdepan masalah perhubungan dan komunikasi terutama di kawasan pedalaman seperti Gua Musang dan Jeli serta kawasan sempadan negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau sesi latihan penggunaan alat TMR tersebut di Kompleks Kastam Imigresen Kuarantin dan Keselamatan  (ICQS) di Pengkalan Kubor di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintenden Azmir Damiri.

Shafien berkata, sebagai permulaan alat TMR itu akan ditempatkan di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, selain diagihkan kepada Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang serta Jeli.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN