Air pasang burukkan keadaan banjir Kota Marudu - Utusan Malaysia

Air pasang burukkan keadaan banjir Kota Marudu

KEADAAN banjir di Bulatan Popok, Kota Marudu-SUMBER Media Sosial
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA MARUDU: Fenomena air pasang besar yang diramalkan berlaku malam ini akan memburukkan lagi situasi banjir yang berlaku di daerah ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Banjir Daerah, Rayner Saimon berkata, walaupun cuaca pada hari ini agak cerah namun, dijangka fenomena air pasang akan berlaku malam ini.

“Situasi ini akan menyebabkan lebih ramai mangsa terpaksa dipindahkan dan kemungkinan pusat pemindahan sementara (PPS) juga akan bertambah.

“Setakat ini, terdapat 14 PPS telah dibuka di daerah ini bagi menempatkan 2,659 mangsa banjir,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya keadaan banjir berterusan untuk beberapa hari lagi, kegiatan ekonomi dan aktiviti harian penduduk akan lumpuh dan terjejas.

Sejak banjir berlaku hujung minggu lalu, Jabatan Kerja Raya (JKR) melaporkan terdapat beberapa kawasan yang tidak boleh dilalui oleh kenderaan akibat kejadian tanah runtuh.

Menurut Rayner, sesetengah kawasan masih berlaku air bertakung atau statik kerana tiada saliran untuk air keluar.

“Sementara itu, beberapa kawasan air mulai surut namun penduduk masih ditempatkan di PPS kerana dikhuatiri hujan akan berlaku.

“Kita juga membuka satu lagi PPS baharu pagi tadi iaitu di Kampung Timbang Batu yang mula dinaiki air akibat hujan yang turun semalam,” katanya.

Setakat petang tadi, bilangan mangsa yang dipindahkan di daerah ini mencecah 2,659 orang daripada 1,115 keluarga.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya