PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan sempena sambutan Tahun Baharu 2022.
Ucapan itu dizahirkan menerusi satu poster yang dimuat naik di hantaran laman Facebook rasmi Istana Negara, semalam.
“Selamat Menyambut Tahun Baharu 2022. Semoga dilimpahi keberkatan dan dilindungi daripada sebarang bentuk musibah serta dikurniakan kemakmuran, perpaduan dan keharmonian yang berkekalan,” menurut poster yang dimuat naik itu. – UTUSAN ONLINE