Ada potensi berlaku mendapan tanah susulan - Utusan Malaysia

Ada potensi berlaku mendapan tanah susulan

EMPAT daripada lima kenderaan awam yang rosak akibat dalam kejadian tanah mendap dan runtuhan berhampiran longkang petang semalam di deretan kedai Jalan LP 1A/2 Lestari Perdana, Seri Kembangan, Selangor. -UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERI KEMBANGAN:  Kawasan sekitar tebing longkang besar di Jalan LP 1A/2 di sini yang mendap petang semalam berpotensi berlaku runtuhan susulan. 

Laporan itu diperolehi menerusi pemantauan Jabatan Kejuruteraan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) yang mendapati masih berlaku pergerakan tanah di kawasan berkenaan. 

Pegawai Daerah Petaling, Datuk Johary Anuar berkata, sebagai langkah keselamatan kontrak yang dilantik MBSJ telah memulakan kerja-kerja pemasangan cerucuk besi sejak malam tadi. 

Selain itu, kata beliu, peniaga kawasan berhampiran juga diarahkan menghentikan perusahaan mereka sementara waktu bagi memastikan keselamatan mereka terjamin. 

“Pagi ini kita lakukan pemantauan dan malam td lepas terima laporan kita terus melantik kontraktor untuk langkah awalan memasang cerucuk besi di tebing bagi mengelakkan tanah ini runtuh lagi.

“Maklumat yang kita perolehi mendapati ada risiko pergerakan tanah dan kita telah minta pengusaha kedai kosong kedai bagi kerja-kerja pembaikan dilakukan segera,” jelasnya.

Dalam pada itu, Utusan Malaysia mendapati pihak polis meluaskan lagi pemasangan tali kuning bagi mengelakkan orang awam menghampiri kawasan berdekatan. 

Selain itu, pemantauan turut dibuat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). 

Dalam kejadian pada pukul 6.38 petang semalam, lima kenderaan yang diletakkan di hadapan bengkel kereta dan berhampiran tebing longkang rosak teruk. 

Kejadian difahamkan terjadi ketika hujan lebat menyebabkan longkang pecah dan berlaku mendapan tanah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya