8 kluster pendidikan antara 14 kluster masih aktif di Pulau Pinang - Utusan Malaysia

8 kluster pendidikan antara 14 kluster masih aktif di Pulau Pinang

NORLELA ARIFFIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Sebanyak lapan kluster melibatkan institusi pendidikan antara 14 kluster aktif Covid-19 yang dilaporkan masih berlaku di Pulau Pinang hingga ke hari ini. 

Difahamkan, lapan institusi pendidikan itu ialah sebuah Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti); empat pusat tahfiz; dua institusi kemahiran serta sebuah politeknik. 

Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi dan Keselamatan Makanan, Pembangunan Luar Bandar serta Kesihatan negeri, Dr. Norlela Ariffin berkata, selain pendidikan, kluster lain yang terlibat ialah tiga berkaitan sektor perkilangan; sektor tempat kerja (dua) dan berkaitan keagamaan (satu). 

Pada masa sama katanya, berdasarkan laporan Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) sehingga kelmarin, sebanyak 209 kes harian baharu dilaporkan berlaku di kelima-lima daerah di negeri ini manakala kes harian aktif pula melibatkan 1,289 kes. 

“Untuk tempoh yang sama iaitu sehingga pukul 12 tengah hari kelmarin, sebanyak 242 kes baharu telah dilaporkan ke CPRC (Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan) Jabatan Kesihatan negeri. 

“Ini sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di Pulau Pinang sehingga kini mencecah 166,849 kes,” katanya di sini hari ini. 

Menurut Norlela, daripada jumlah 242 kes itu, 108 daripadanya berpunca daripada saringan bergejala; kes saringan kontak (84); kes saringan kendiri (15); kes kluster industri Bukit Minyak 88A2 (10) dan kes di saringan pintu masuk antarabangsa (tujuh). 

Katanya, baki lain berpunca daripada saringan tempat kerja (lima), saringan pengembara (empat), kluster Jalan Sungai Burung (tiga), kluster Kampung Permatang Manggis (satu) dan lima lagi kes untuk lain-lain saringan. 

“Kadar kes tertinggi untuk tempoh tujuh hari iaitu antara 22 hingga 28 Januari lalu pula direkodkan di daerah Barat Daya iaitu sebanyak 510 kes dengan kadar insiden 226.8 bagi setiap 100,000 penduduk. 

“Sementara itu, bilangan kes positif mengikut varian pula iaitu sehingga 25 Januari lalu didahului oleh varian Delta dengan sebanyak 373 kes, Omicron (20 kes) dan Beta dengan 10 kes,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya