70 saman dalam Op Tahun Baru di Alor Setar - Utusan Malaysia

70 saman dalam Op Tahun Baru di Alor Setar

KAMARUL Zaman Mamat memeriksa kenderaan di sekatan jalan raya sempena Op Tahun Baharu di Alor Mengkudu, Alor Setar, Kedah. - UTUSAN/NUR ANATI JUHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Polis mengeluarkan sebanyak 70 saman terhadap pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan dalam Op Tahun baharu di sini, awal pagi ini.

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, operasi tersebut melibatkan empat sekatan jalan raya di laluan-laluan utama di daerah ini.

Menurutnya, daripada jumlah saman dikeluarkan itu, kesalahan tidak memperbaharui cukai jalan paling tinggi dikeluarkan saman.

Katanya, kebanyakan pengguna beranggapan masih mempunyai tempoh untuk memperbaharui cukai jalan dan tidak dikenakan tindakan walaupun telah dimaklumkan tarikh perbaharui cukai jalan dan lesen memandu tamat tempoh perlu diperbaharui sebelum 31 Disember 2021.

“Kami juga dapati bukan hanya pemandu persendirian namun dalam kalangan pemandu e-hailing juga masih tidak memperbaharuinya dan ia akan memberi kesan jika berlaku kemalangan,” katanya ketika ditemui di sekatan jalan raya di Alor Mengkudu di sini. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya