7 kru bot nelayan ditahan guna pukat lohong  - Utusan Malaysia

7 kru bot nelayan ditahan guna pukat lohong 

TUJUH kru bot nelayan tempatan ditahan selepas menggunakan pukat lohong semasa melakukan aktiviti menangkap ikan di kedudukan 0.2 Batu nautika timur laut Tanjung Bungah, Georgetown, Pulau Pinang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) negeri menahan  tujuh lelaki tempatan selepas didapati menggunakan pukat lohong semasa melakukan aktiviti penangkapan ikan di kedudukan 0.2 batu nautika timur laut Tanjung Bungah, di sini semalam. 

Kesemua mereka yang menggunakan bot nelayan tempatan itu ditahan ketika dipercayai sedang menebar pukat kira-kira pukul 12.40 tengah malam. 

Pengarah Maritim Malaysia negeri, Kepten Maritim Abd. Razak Mohamed berkata, pemeriksaan mendapati bot yang dinaiki kesemua lelaki tersebut menggunakan peralatan yang tidak dibenarkan oleh Jabatan Perikanan. 

“Bot nelayan tempatan yang berpangkalan di Bakau Tua, Penaga itu dikendalikan tujuh kru lelaki rakyat tempatan berusia antara 18 hingga 34 tahun. Kesemua kru beserta bot dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Pulau Pinang untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat bagi siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Beliau memberitahu, kes tersebut  akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana menggunakan peralatan menangkap ikan yang tidak dilesenkan. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya