Bersara: Seramai 60 bekas pekerja dakwa ditipu SKMK

60 bekas pekerja dakwa ditipu SKMK

LEBIH 60 bekas pekerja SKMK berkumpul secara aman menuntut bayaran pampasan yang dijanjikan pengurusan syarikat bas itu di Kota Bharu, Kelantan, hari ini. - FOTO/ROHANA MOHD. NAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Lebih 60 bekas pekerja Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan (SKMK) berkumpul secara aman hari ini menuntut syarikat itu membayar pampasan tawaran bersara awal kepada mereka.

Mereka terdiri daripada bekas pegawai eksekutif di bahagian penguat kuasa, ketua-ketua stesen, penyelia-penyelia dan para pemandu serta kerani yang memilih untuk menerima tawaran tersebut.

Difahamkan, berdasarkan perjanjian dalam tawaran tersebut, bayaran pampasan kepada pekerja yang terlibat sepatutnya mula dibayar pada akhir Julai 2020, namun mereka tidak menerimanya sehingga sekarang.

Bercakap kepada pemberita, wakil mereka yang juga bekas Ketua Stesen SKMK, Mohd. Amin Mohd. Sharif berkata, kumpulan itu berkumpul hari ini dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) demi menuntut hak mereka.

Katanya, tiada penjelasan lanjut daripada pihak SKMK menyebabkan mereka yang sepatutnya dibayar antara RM2,000 hingga RM40,000 bergantung kepada tempoh perkhidmatan masing-masing mula rasa tertipu.

“Kita sudah lama menunggu panggilan telefon atau penjelasan pihak Konsortium Transnasional Berhad (KTB) yang merupakan syarikat induk kepada SKMK namun sampai hari ini bayang mereka pun tiada.

“Perkara ini turut dilaporkan Jabatan Tenaga  Buruh (JTB) Kelantan yang mengarahkan SMK segera membuat bayaran pampasan sebagaimana dijanjikan tetapi mereka masih gagal berbuat demikian,” katanya di sini hari ini.

Bercerita lanjut kronologi sebenar situasi mereka, Mohd. Amin berkata, pada 15 Julai 2020, SKMK telah memanggil semua pekerja berusia 40-an hingga 50-an untuk memujuk mereka menerima tawaran bersara awal.

“Bagi meyakinkan kami, pihak pengurusan menunjukkan salinan cek yang ditulis jumlah pampasan yang akan dibayar pada 30 Julai kepada kami. Namun rupa-rupanya itu hanya sandiwara,” katanya.

Kata Mohd. Amin, kerana enggan terus diperkotak-katik bekas majikan mereka, dia bersama beberapa bekas pekerja SKMK turut membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu pada pukul 11.38 pagi, Isnin lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya