56 positif Covid-19 babitkan warga SMS Tuanku Munawir - Utusan Malaysia

56 positif Covid-19 babitkan warga SMS Tuanku Munawir

SEKOLAH Menengah Sains Tuanku Munawir yang terletak di Sikamat, Seremban.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebanyak 56 kes jangkitan Covid-19 telah direkodkan menerusi kluster pendidikan, Jalan Sikamat yang membabitkan warga Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Munawir yang terletak di Sikamat di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S. Veerapan berkata, kluster berkenaan diumumkan secara rasmi pada 17 Januari lalu dan kes direkodkan daripada warga sekolah yang bergejala dalam ujian saringan Covid-19.

“Individu yang dikesan positif telah dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Tampin bagi rawatan selanjutnya.

“Dalam kluster ini, seramai 227 individu telah disaring termasuklah warga sekolah serta kontak rapat bagi kluster tersebut. Seramai 171 individu lain pula negatif,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Veerapan berkata, sekolah berkenaan kini ditutup bagi tujuan sanitasi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN