55 mangsa banjir ditempatkan di dua PPS Kuala Pilah - Utusan Malaysia

55 mangsa banjir ditempatkan di dua PPS Kuala Pilah

MOHD. Faizal Abdul Manap (dua dari kiri) dan Amran (kiri) meninjau beberapa lokasi terjejas banjir di Taman Fatimah Permai di Kuala Pilah pagi ini.-UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Seramai 55 orang mangsa banjir di daerah Kuala Pilah ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah ini sejak awal pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Pengurusan Bencana Daerah (JKPBD) Kuala Pilah, Mohd. Faizal Abdul Manap berkata, pihaknya menerima laporan penempatan mangsa banjir bermula pukul 12.30 tengah malam.

“Terdapat kejadian banjir di beberapa lokasi berpunca limpahan air Sungai Muar di Kampung Berembang yang menunjukkan bacaan meningkat dalam keadaan amaran dan jika hujan berterusan ke arah bahaya. “Setakat pagi ini, seramai 55 mangsa telah dipindahkan ke dua lokasi PPS di daerah ini iaitu di Dewan Besar Dangi dan Sekolah Kebangsaan (SK) Pilah hari ini.  Mangsa yang terjejas dari Rumah Rakyat Kuala Johol, Kampung Changgang dan Kampung Air Taling ” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, beberapa lokasi kawasan yang telah ditenggelami air juga telah dikenal pasti. 

“Melalui laporan yang diterima bermula pukul 12.30 tengah malam tadi, di pekan Kuala Pilah berhadapan restoran makan segera, KFC terdapat limpahan air dari longkang berdekatan yang tersumbat akibat sampah sarap. 

“Saya juga dimaklumkan, terdapat sebuah kereta Perodua Viva dan lori telah terperangkap. Bagaimanapun, lori jengkaut saya telah dihantar bagi membersihkan laluan berkenaan.  Selain itu, beberapa jalan di Kuala Pilah dan Johol ada yang telah dinaiki air antaranya di Jalan Kepis-Dangi dan telah mula ditutup,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya