5,399 mangsa banjir masih berada di PPS Johor - Utusan Malaysia

5,399 mangsa banjir masih berada di PPS Johor

SEORANG penduduk mendayung sampan di hadapan rumahnya yang dilanda banjir di Kampung Chodan, Segamat. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Banjir di negeri ini masih dalam keadaan teruk meskipun terdapat sedikit pengurangan jumlah mangsa yang direkodkan iaitu seramai 5,399 orang setakat pukul 8 pagi, berbanding petang semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, jumlah itu melibatkan sebanyak 1,340 keluarga yang ditempatkan di 81 pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di seluruh negeri.

“Daerah yang terjejas akibat banjir ketika ini kekal di Segamat, Tangkak, Kota Tinggi, Mersing, Kluang, Muar dan Batu Pahat,” katanya di sini hari ini.

Tambah Vidyananthan, Segamat kekal daerah paling teruk terjejas akibat banjir dengan seramai 3,804 mangsa direkodkan, diikuti Tangkak seramai 598 mangsa.

Mersing (470 mangsa), Muar (161 mangsa), Kota Tinggi (131 mangsa), Kluang (124 mangsa) dan Batu Pahat (111 mangsa).

Sementara itu, beliau turut memaklumkan ramalan kaji cuaca daripada Jabatan Meteorologi menunjukkan Johor dengan tahap tiada sebarang amaran bahaya cuaca akibat hujan di seluruh negeri untuk hari ini.

“Hampir semua daerah di Johor menunjukkan ramalan cuaca cerah ataupun mendung pada satu-satu masa kecuali Tangkak yang menunjukkan ramalan cuaca mendung sepanjang hari.

“Sementara itu, sebanyak 13 laluan di Johor masih terputus dan tidak dibenarkan untuk dilalui kerana air melimpah, di mana sejumlah 10 laluan melibatkan daerah Segamat, manakala masing-masing satu laluan di Mersing, Kluang dan Muar,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya