504 mangsa banjir ditempatkan di dua PPS - Utusan Malaysia

504 mangsa banjir ditempatkan di dua PPS

Pasukan penyelamat memindahkan mangsa terjejas banjir di Kota Marudu. - IHSAN APM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA MARUDU: Seramai 504 orang mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah ini.

Dua PPS yang dibuka sejak pukul 5 dan 6 petang semalam masing-masing di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tandek dan Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Teritipan. 

Setakat ini, 253  mangsa daripada 97 keluarga ditempatkan di Dewan SMK Tandek manakala 251 orang mangsa daripada 70 keluarga dipindahkan ke Dewan SK Teritipan.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) berkata, ketika ini pasukan pemantau daripada APM dan  Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah membuat pemantauan di kampung-kampung yang dinaiki air.

Operasi menyelamat mangsa-mangsa banjir sedang giat dilakukan.

Jelas beliau, jumlah kemasukan ke PPS dijangka terus bertambah susulan paras air masih tinggi.

Hari ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan (waspada) sehingga 2 Januari di kawasan pantai barat (Tuaran, Ranau & Kota Belud), Sandakan dan Kudat.

Keadaan cuaca yang lembap berpotensi menyebabkan banjir di kawasan rendah. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya