5 PATI tangkap ikan di zon larangan ditahan - Utusan Malaysia

5 PATI tangkap ikan di zon larangan ditahan

NELAYAN asing tanpa dokumen yang menggunakan bot nelayan tempatan menangkap ikan di zon larangan dekat Pulau Jarak dekat Lumut kelmarin. - IHSAN MARITIM MALAYSIA PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Perak menahan sebuah bot nelayan tempatan dikendalikan lima warga asing yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri sah dan menangkap ikan di zon larangan dekat Pulau Jarak, dekat sini, petang kelmarin.

Bot nelayan Kelas C itu didapati melanggar syarat sah lesen di posisi lebih kurang 5.5 batu nautika timur Pulau Jarak pada pukul  5.05 petang.

Pengarah Maritim Perak, Kapten Maritim Shahrizan Raman berkata, tangkapan tersebut dilakukan oleh Kapal Maritim  (KM) Nyalau yang sedang melaksanakan Op Benteng dan Op Pintas di persempadanan perairan negeri ini.

“Ketika ditahan, bot yang dikendalikan lima kru warga Myanmar termasuk tekong,  tiada sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, mereka disyaki melakukan kesalahan  di bawah Akta Perikanan 1985, menangkap ikan kurang daripada 12 batu nautika seperti kebenaran syarat sah lesen dan Akta Imigresen 1959/63.

Jelasnya, bot bersama kru serta hasil tangkapan dianggarkan lebih kurang 300 kilogram itu diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Negeri Perak untuk tindakan lanjut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya