PETALING JAYA: Sebanyak 3,684 kes penularan wabak Covid-19 dilaporkan hari ini.
Menerusi laman web CovidNow, jumlah itu menjadikan kes kumulatif Covid-19 dalam negara ini sebanyak 2, 798,917 kes.
Jumlah kes harian itu menunjukkan peningkatan berbanding semalam yang hanya merekodkan sebanyak 3, 198 kes.
Daripada jumlah keseluruhan itu, masih ada seramai 105 pesakit terpaksa melalui proses ventilasi atau ditidurkan.
Sehingga kini, lebih 26 peratus daripada seluruh rakyat Malaysia telah menerima dos penggalak ataupun booster. -UTUSAN ONLINE