355 aduan salah laku syarikat kredit komuniti berlesen - Utusan Malaysia

355 aduan salah laku syarikat kredit komuniti berlesen

SEPASUKAN pegawai dan anggota BKK diketuai Asisten Komisioner Mohd. Fauzi Hassan membuat pemeriksaan ke atas tiga premis Syarikat Kredit Komuniti Berlesen di sekitar Selangor. - KPKT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebanyak 335 aduan diterima Bahagian Kawalan Kredit Komuniti (BKK), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berhubung salah laku Syarikat Kredit Komuniti Berlesen di seluruh negara tahun lalu.

Kementerian itu menerusi kenyataan memaklumkan, aduan tertinggi membabitkan kesalahan tidak menghantar rekod transaksi tahunan dengan 189 aduan.

Menurutnya, jumlah aduan kedua tertinggi melibatkan 49 aduan iaitu tiada dokumen perjanjian pinjaman diserahkan (Jadual J atau Jadual K) atau dokumen perjanjian lewat stamping.

“Daripada jumlah aduan yang dikenal pasti, BKK mengambil tindakan dengan membuka sebanyak 306 kertas siasatan ke atas aduan yang diterima.

“Selain itu, 172 kes masih dalam siasatan, manakala 122 kes dikompaun dan 12 kes dituduh di mahkamah atas pelbagai kesalahan,” katanya.

Katanya, sepanjang tahun lalu, sebanyak 767 jumlah pemantauan dilakukan sekali gus melebihi sasaran petunjuk prestasi utama (KPI).

Menurut KPKT, Negeri Sembilan mencatat jumlah pelaksanaan pemantauan tertinggi iaitu 198 operasi, diikuti Selangor dengan jumlah 162 operasi.

Katanya, terdapat 4,870 jumlah premis Syarikat Kredit Komuniti yang berdaftar di seluruh negara di mana 3,301 bilangan lesen Pemberi Pinjam Wang (KK) dikeluarkan, manakala 1,569 lesen KK bagi Sabah, Sarawak dan Labuan masing-masing dikeluarkan Kementerian Kewangan Negeri Sabah.

“Selangor mencatat jumlah premis Syarikat Kredit Komuniti paling tinggi dengan 962 lesen dikeluarkan diikuti Kuala Lumpur sebanyak 646 buah premis,” katanya.

Hari ini, sepasukan pegawai dan anggota dari BKK diketuai Asisten Komisioner Mohd. Fauzi Hassan membuat pemeriksaan ke atas tiga premis Syarikat Kredit Komuniti Berlesen di sekitar Selangor.

Pemantauan premis ini bertujuan memantau setiap premis Syarikat Kredit Komuniti serta mengawal selia aktiviti perniagaan mematuhi Akta 400 dan peraturan-peraturan yang berkaitan.

Ia juga bagi mengubah persepsi masyarakat bahawa Syarikat Kredit Komuniti Berlesen dibawah kementerian ini adalah selamat sekali gus dapat mengikis pandangan dan persepsi buruk orang awam.

Orang awam boleh menggunakan aplikasi mobil i-KrediKom bagi membuat carian syarikat Kredit Komuniti yang berlesen di Semenanjung.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya