Oleh AHMAD FADHLULLAH ADNAN
PETALING JAYA: Sebanyak 3,346 kes Covid-19 dilaporkan hari ini berbanding 3,684 kes yang dilaporkan semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,802,263 kes.
“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman Covid Now: https://covidnow.moh.gov.my.
“Data setiap hari bagi laman Covid Now adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. -UTUSAN ONLINE