33 pelajar sekolah menengah berasrama positif Covid-19 - Utusan Malaysia

33 pelajar sekolah menengah berasrama positif Covid-19

SEKUMPULAN pelajar dari sebuah sekolah menengah berasrama dibawa ke PKRC Jitra dan Kulim selepas disahkan positif Covid-19 di Kuala Muda, Sungai Petani, Kedah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seramai 33 pelajar dari sebuah sekolah menengah berasrama di sini disahkan positif Covid-19.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr. Othman Warijo berkata, kluster membabitkan pelajar sekolah itu diisytihar sebagai Kluster Dah Jalan Pantai bermula hari ini.

Menurut beliau, kes pertama dikesan melibatkan seorang pelajar dari sekolah tersebut pada 14 Januari lalu.

Katanya, setakat ini seramai 61 orang pelajar telah disaring dan seramai 33 pelajar didapati positif Covid-19.

“Semua pelajar yang positif telah dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) di Jitra dan Kulim manakala kontak rapat menjalani kuarantin di asrama sekolah tersebut. 

“Kesemua kontak rapat telah diarahkan untuk menjalani kuarantin, selain dinasihatkan supaya menjalani saringan sekiranya mengalami gejala dalam tempoh itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, sekolah terbabit telah ditutup sejak semalam sehingga ke suatu tarikh yang akan ditentukan kemudian.

“Tarikh pembukaan semula sekolah terbabit adalah bergantung kepada perkembangan selanjutnya,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN